BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 22 November 2010

r0oft0p rent ~

all0 alls ! h0ho .. bwu jewp pas abes bce cter r0oft0p rent 0n9 td .. h0ho .. when bace diz n0vel .. m' wat en .. ak miss eza sgt2 ! c0z .. hl0vate nan dy .. cam tade beza ! da rr si Trisy ny ske lepk at r0oft0p rent at wisma t0paz uhh .. haha ! pape unn .. ak ske diz part .. try rr bce ..

“Aku tak dapat nak bayang macam mana bila kau tak ada nanti.” Jade tiba-tiba menutur ayatnya yang pertama petang itu.Perlahan.Macam bercakap dengan diri sendiri.

Lambat-lambat Trisy berpaling.Jade dengar...Jade cares...Dia kembali menala pandangan ke langit. “Aku pun tak dapat nak bayang macam mana bila kau dah tak ada nanti.” Jujur Trisy menutur.

Ibu dengan ayah nak pindahkan dia ke JB,rumah Tok dengan Opah belah ayah.Mereka kata untuk kebaikan dia jugak.Mulakan hidup baru.Tahun depan nak SPM.Tak nak dia terganggu.Ibu dengan ayah kata lagi,hal ibu dengan ayah biar diorang yang selesaikan tanpa melibatkan dia.Mereka tak nak lagi tengok dia tak tentu hala.Tak nak lagi dia buat macam malam hari tu.Keputusan yang terbaik ke tu?Dia akan dapat lari dari rumah hantu tu.Tapi nanti mesti akan rindukan Buk Jah,rindukan Jade.Walaupun hidupnya kat sini hanya bermakna sebab kehadiran dua orang tu,namun pastinya bukan senang nak tinggalkan macam tu je.Macam mana?Tapi ibu dengan ayah dah keluar perintah mandatori.No tapi tapi.No no way.Yes way je.

“Parents kau bagi tau malam tadi?” Jade mengulang tanya apa yang dah disebut Trisy tadi.Sungguhlah bak kata Buk Jah...

Angguk hambar.

“Kau tak buat bukan-bukan,kan?” Dia mengalih pandang ke arah Trisy dengan senyum tawar.

“Dah janji,kan...” Trisy menggumam rendah pada langit lepas. “Tapi aku tidur dengan sedative la semalam.Tak boleh tidur.” Teragak-agak dia memandang Jade. “Tapi satu je.” Bersungguh-sungguh dia memberitahu. “Tak overdose pun.Tengah darurat tu.” Macam peguambela dia menutur.

“Jangan buat lagi.” Senyum tawar Jade masih tak padam.Sungguh tak dapat dibayang.Macam mana ruangnya di rooftop nie nanti bila Trisy tak ada?So true...we’ll never miss the water till the well runs dry.

Trisy diam mengangguk.

Awal bulan depan bukannya jauh lagi.Lagi kurang seminggu je.Jade kembali mengadah langit.

“Jade,kau marah aku pindah?”

“Kalau itu yang terbaik,aku happy untuk kau.” Tenang datar Jade menjawab. “Parents kau buat something,maknanya in a way to show that they care.”

“Tapi nanti kalau aku pindah sana...” Trisy terhenti.Tak tau nak menyambung macam mana.

Jade berpaling memandangnya dengan mata bertanya.

“Aku boleh hidup ke kat situ?”

“Live well or live hell?” Jade bertanya dengan senyum tawar tak berperisa.

Senyum di bibir Trisy juga sama. “I choose.”



then .. 4 the laz .. b4 0ut .. ak na sgt jd cany nnty .. tp .. ase cam da ta sempat ........

i mizz gler thap trilion pyer giga nie kat oztell.. nge4

Jumaat, 12 November 2010

Lebih Baik Saya Daripada Mereka?

enario Dalam Komuter :

Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke koc campuran bersama-sama. alt

"Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen," kata Si Teruna.

Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu boleh juga berbual-bual, tidaklah bosan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat. Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan logik cadangan Si Teruna.

Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada. Tambah parah koc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seorang dan yang seorang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain.

Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, 'caring', lagi 'protective' menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.

"Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini." cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya.

Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.

Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditarik

nya Si Dara.

" Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka." bisik hati Si Teruna.

***

Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu?

Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.

"Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." ( Riwayat Ibnu Majah )

"Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain?"

"Gua tak sanggup, bro! Itu awek gua, bro!" Bentak Si Teruna.

"Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya!" Bidas Si Dara pula.

Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!

"Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima?"

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

"Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya?"

"Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara' bahawa memegan teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain?"

Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara' yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik koc wanita, Si Teruna naik koc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt.

Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting ;

"Pergi 'dating' bersama tu, Allah swt benarkan ke?"



Kitaro - The Best Of Kitaro - Mirage Mp3
Mp3-Codes.com

followers